Sunday, December 20, 2009

*PORTLUCK*




16.12.2009 ada satu portluck kat Japanese Garden Jalan Raja Dihilir Ipoh Perak ngan akhawat2 dari Perak n also Kak I**** dari Teluk Intan. Semua akhawat dari bahagian perak dating picnic kat situ..Sebenarnya tak tau per maksud portluck tuh, rupenyer tukar2 makanan ngan akhawat len..hari tuh tak bawa pepon..haha…tak tau..!

Sampai kul 10 pagi, naik motor..then akak tuh tak det kat situ lagi. So drop kat Sekolah Taayah dulu sebab akhawat 2 len kumpul kat situ dulu. Pada awalnya malu, ye la..tak pernah jumpa n nih first time..haha gelabah gak..tapi lamer2 ok je..tunggu2 kat situ rupe-rupenye jumpe akak sekolah lamer pun terjebak ngan portluck nih..haha…sampai kat saner ader lagi rombongan yang blom lagi sampai..tak sangka lak rombongan yang terakhir ader kawan sekolah SERATAS kami yang skunk ni tgh ambik persediaan nak gi Ausie bidang physic.. Dier pun terjebak gak..haha kelakarlah..tapi best..sebab makin ramai yang terperangkap, makin bagus…hehe…

Kat situ, berkenalan ngan pelbagai akhawat. Taaruf, games n makan ! Part makan yang best, banyak sangat makanan..hoho…lepas habis makan, kitowang uat bulatan bawah pokok n akak tuh ader cakap sikit pasal TDZ. ( Tarbiyyah Dzatiyyah)

Seyesly sebelum nih dengar pasal tarbiyyah sahaja…n this time jumpa ngan tarbiyyah dzatiyah di bawah pohon rimbun Japanese garden. Selepas melewati satu blog nih terjumpa info pasal TDZ. Hari itu akak itu kata TDZ tuh macam “ penolakan kepada diri sendiri, kalo hendak melakukan sesuatu “.

Tapi, mungkin lebih tepat gini

“ Sejumlah sarana tarbiyyah ( pembinaan) yang diberikan orang Muslim, dan Muslimah, kepada dirinya, untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna di seluruh sisinya, ilmiah , iman, akhlak, sosial, dan sebagainya, dan mengoptimumkan ke tahap yang tertinggi.”

Atau dengan kata lain,

“ Tarbiyyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri “

Duduk di rumah, memang “mcm2”…masa nak decide nak gi portluck tuh berbelah bahagi. Tapi, rasanya diri nih perlu diselamatkan daripada maut cuti nih, jadi kena pergi portluck dan mengutip semangat akhawat2 len yang berjuang melawan nafsu time cuti nih. Sedikit sebnyak mengharapkan kekuatan kepada jiwa dan memberikan freshener iman yang baru.

Mengenali bidang Dakwah, TDZ wujud, dan mungkin kami yang tidak perasan kehadiran itu. Penat melawan ragam nafsu dalam pelbagai bentuk untuk mencari kebaikkan. Kalo diikutkan, semestinya kita suka melakukan perkara yang menyeronokkan macm keluar lepak dengan kawan dll. Tapi itu bukan KITA lagi selepas terjebak dalam lorong Dakwah. Bila duduk di rumah dan keluar, perkara yang menjadi kebiasaan cthnya, chatting ngan kawan2 dll sudah menjadi sengal kepada diri ini. BUKAN INI UNTUK AKU.

Terasa lain benar, mcm repellent. Tak sesuai dengan jiwa ini n nak repel jauh2. PERKARA yang bukan menjadi ubat kepada hati dan ketenangan jiwa.

Raser mcm tak cukup kuat untuk melawan cuti yang panjang nih, n come across this statement “ Menjadi diri mesti didahulukan daripada menjaga orang lain”. Bukan bermaksud kita pentingkan hal diri sendiri ( kera sumbang ) tapi, dalam aspek TDZ nih, bagi seorang Daie penjagaan diri daripada al- hawa dan godaan perlu dilawan, sebab kalo syaitan nak “ dakwah” kita bukan dengan askar rekrut level biasa, tapi ketua dia arahkan yang ada pangkat sarjan..Cuti nih seyesly tarbiyyah or “ Holiday Tarbiyyah”.

“ Wahai orang- orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu, dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. 66:6


Kita sedar je perkara nih, n nampaknya tak nak tewas ngan sarjan yang tadi kita mesti lari ngan laju dari sarjan tadi. Kami pun nak kumpulkan askar2 kami jugak ! Nak lawan sarjan tadi.( Merapu plak )

Doa..ya…ya.. Doa yang JUJUR kepada Allah. Minta supaya thabat dalam jalan ini. Amin.

p/s: susahnya nak reach anak2 sayer time cutih nih !! alahai mana menghilangnya anak2 saya ??

Friday, December 18, 2009

*JEMPUTAN*

Jemputan

Datanglah kat rumah kami kat Ipoh, ada majlis makan..hehe.

Tarikh : 26. 12 .2009
Masa : pagi tuh sampai petang ( nak tido kat situ pun bley )
Alamat: 17 Laluan Sri Ampang 12A Taman Seri Ampang, 31480 Ipoh Perak.

*SMARTKLAMP*

Smartklamp




Alhamdulillah tanggal 13 Disember 2009 , Hakim ( adik bongsu ) selamat bersunat. Semalamnya, bru balik dari Kajang, walaupun penat tapi tetap nak teman adik gi sunat..hehe..Adik bersunat dengan sedara angkat sebelah opah..nak bergeng ..tak nak sowang2..hoho..lawak la plak..biler cakap pasal sunat nih, teringat time uat TOK presentation yang kena reject tajuk dier ..haha..pepon….ada dua perkara yang Allah lakukan pada kami..dua perkara itu , jauhnya perjalanannya dan pelbagai dugaan dalam perkara itu, tapi itulah yang Allah cuba nak katakan( berikan ), sebab pada akhirnya itulah yang terbaik..





Layan kerenah adik memang ‘best’. (^-^)





p/s : Pengalaman pertama ada adik lelaki yang bersunat..hoho





Memikirkan betapa Allah menyusun pelbagai awan kehidupan dalan diary hambanya, menjadikan kita insan bersyukur. Entah mengapa apabila melihat semua orang, usia semakin meniti pergi dan masing- masing menjadi hebat pada saat itu, tika itu dan waktu itu. Hebat pada pandangan manusia…dan pandangan Allah jua. Hebat bukanlah bermaksud dia menjadi manusia agung… Tidak..tapi hebatnya dia menjadikan kita siapa pada hari ini…walaupun hanya seorang tukang penyapu, namun itulah dia yang menjadi hebat pada dirinya..betapa Allah telah meletakkan keupayaan, keyakinan, kekuatan pada diri kita yang menjadikan hebat pada tika ini…( merepek? , entahlah )





Manusia di luar sana hebat pada dirinya…yang menjadikan dirinya pelbagai kepentingan pada dunia. Begitu juga kita yang mempunyai pelbagai keupayaan..





Kalaulah semua orang menggunakan keupayaan ke jalan yang betul..macam zaman muda Fateh yang penuh bersemangat menawan musuh…zaman mudanya memerlukan beliau untuk menjadi singa gagah untuk agamanya..begitu juga kita !!





p/s : melawan cuti yang menggiurkan…





Satu ayat yang mesti menjadi peringatan kepada hati kami ..





“Pergilah kamu beramai-ramai ( untuk berperang pada jalan Allah ) samada dalam keadaan ringan ataupun dalam keadaan berat, dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” At Taubah ; 41

Sunday, October 25, 2009

*23 n 24*

Berkorban demi cinta

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang bekorban demi cinta
Suka dan duka suratannya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir ke saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
Dengan Mu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini takkan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahagiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman dan tawa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya.

Status : La Tahzan
Mood : Rabi yassir.

Saturday, August 29, 2009

*KERANA KITA PEJUANG*




kerana kita berlari, membawa panji
kerana kita menangis, membaca Al Quran
kerana kita faham, keutamaan dakwah kita
sampai perkara lain hanyalah kecil di tapak tangan


kerana kita semangat, kita bersatu
kerana kita kuat, ukhuwah berpadu
walaupun sakit, masih tersenyum, mampu gelak


dugaan datang, menguji keimaman
sehingga terdetik " kenapa aku ?"
berlari laju, tetibe terhenti
Dia berkata " Berhenti dulu"
di uji dengan dugaan yang hebat
berkecamuk jiwa, gelisah
menyendiri, mencari jawapan


sabar menanti,
menangis air mata yang tak terlihat,
sehinggalah,
aku mengerti setiap ujian yang diberi,
memberi kefahaman kenapa aku berada di jalan ini..
Subhanallah..!!



Sharing and caring ayat...Al Baqarah 214


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yANg terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan , kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh, sehingga berkata Rasul dan orang -orang yang beriman yang ada besertanya " Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Allah. "

Friday, August 14, 2009

*SONG 4 MY SOUL 5*

Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku Harum
Rembulan Mawar Dingin Dihakis Keseorangan ....
Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku Berliku liku
Duri Dugaan Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu
Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan
Bahagia abadi ku impikan sentosa dibawah naungannya
selamanya

Thursday, August 6, 2009

*H1N1*

Assalammualaikum...

Badan tak sihat cam peti sejuk...
Tak larat nak tulis mcm kena tindih ngan batu...
Hidung selsema macam paip...
Mata merah cam bebola ikan Kak Fiza jual...
Tangan lemah cam kena gari...
Kaki berat nak jalan macam kaki gajah...
Mulut pahit cam makan petola...
Kepala pening cam kena hentam ngan The Rock...

Kesian kat kawan2 ku...
Tak tahu perihal diri ini...
YM tak berfungsi kat umah...
Bukan niat nak menyepi...
SMS pon tak dpt nak g sbb tak de kredit...
Badanku longlai...
HoHO...cobaan....hehe....

Tuesday, July 14, 2009

*PENULIS BRU*









Nun jauh aku berfikir

Untuk siapakah diri ini?
Ragu di hati.Hati tak past
i.




Nilai gelisahku tidak terkata.
Andai tersalah cari, tersalah pilih
Jauh dari jalan lurusnya
Inginku temu, tapi tidak tahu bila
Hati meronta, sangat sengsara
Andai diriku cukup sempurna
Harapan bertemu dengan mu, pasti ada




Gundah gelana hati ini
Harapan untuk bertemu, tidak kesampaian
Andai aku perlu tunggu untuk berjumpa denganmu

Zikir dan alunan kalam-mu
Akan menjadi penenangku
Lelah, tidak menjadi batu penghalangku

Inilah yang ku pilih, Allah! Aku ingin bertemu denganmu!

Monday, July 13, 2009

*TRIP PAK MUS* ( version kunang2)




Assalammualaikum....
Tarikh : 11 dan 12 Julai 2009.
Masa : Habis kelas IELTS
Hari : Sunday n Saturday

; )


Kunang-kunang!!


Hari tuh ader P.O.I....tapi....tak dapat attend....sedey : (

Tak dapat tgk adek2.....tapi...kunang2 Allah beri kat kami sebagai pengubat hati.... : )
Lepas kelas IELTS, trus balik blik n siap diri nak gi rumah kawan kami yang pakai spec. Tapi time tuh perut agak berkeroncong n...tak kisahlah...sebab...ehmm...entah...hihi

Sampai kat rumah kawan wktu petang. Sampai jer...rehat jap....n uat latihan maths and chem....tenang gak kat umah kawan ptg tuh...Alhamdulillah besh...

Berkenalan ngn adek2 kawan kami tuh... Shahirah n Epi. Part yang paling best, dapt berkenalan ngan ayah n mak kawan kami nih... Pak Mustapa....the best person ever ( credit to Pak mUs the warrior ) basyak !!..hihi... tapi namer mak kawan kami...dah luper lak...hoho....

Malam dah melaburkan tirai gersangnya. Sejuk....angin sepoi2. Menunggu di buaian keluarga sebelum masuk ke dalam kereta. Gelap kat bahagian halaman rumah, nampak.........nampak rumput hijau dan kereta bru di halaman. Cantik...besar...comei...khas untuk seisi keluarga....

Semua org seronok..tapi hati raser agak tak selesa sebab......mungkin pD awalnya hati menolak denagn kebaikan kawan keluarga kami....n.....tak nak menyusahkan..... Tapi Allah yang beri....beri peluang kepada kami, untuk...hmm...untuk.....keluar ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor...Sebagai.......sebuah

KELUARGA



-----( emo lak )-----
On da way b4 sampai, cari remote TV, gelap sgt dalam kete..tak nampak walau berkaca mata 4.... tak jumper....las2 jumper gak...hoho....Semua org menanti ngan sbar....


Da sampai... : )


Hmm....besar....luas...ader papan tanda.....kete.....manusia...memenuhi bahagian depan kawasan itu....

Kawasan Pemeliharaan
dan Perlancongan Kunang-kunang
di Kampung Kuantan, Kuala Selangor





Tak nampak kelip2 lagi..memang ar...bru masuk parking..hihi...Masuk....cam besa... tgk kiri..tgk kanan bru jalan....sampai kat ada satu jeti kayu berwarna coklat haru......duduk di situ...menunggu...dan terus menunggu.... ( tak lame pon ).....nampak pelbagai manusia pakai baju pelampung kaler orange...agak striking tapi ..ok laa...Pak Mus ke bahagian kaunter tiket...beli tiket....sampai kat kitorang, Pak Mus and his wife naik satu sampai ngan dua orang Chinese from KL.....n kitorang ber4 naik satu lagi sampan yang terumbang- ambing dipukul ombak malam...
Air Keruh.....dari jauh....dekat pun keruh gak warnenye...ye laa....kat kawasan sungai.....tunggu giliran...nak naik sampan...sempat ambik gambar...gambar tuk kenangan....hati tak sabar nak naik...1 st Experienced ever.......Kunang2 ku terus bertahan di pokok...untuk menungu ku.....hihi






Kaki kanan masuk ke sampan...Gayat..tak tipu.....Sampan mula bergerak perlahan menggunakan tangan pendayung tua yang gagah perkasa...Kata pendayung tuh, da 80 tahun berkecimpung dengan tugas itu...Hati tersentuh....yakin,..yakin ngan pendayung itu telah banyak merasai saat2 yang bermakna di situ, sebab...dapat lihat penciptaan Allah...yang cantik....Rasenyer....ader jer manusia yang tidak mahu berhijrah ke sesuatu yang baik...kerana dia dapat bertemankan dengn penciptaan Allah yang hebat sepanjg hidupnya....iaitu Kunang2.

Macam bintang2 di muka langit....Bercahaya....Indah....Tak pernah melihat pokok2 yang memancarkan cahaya2 terang-benderang daripada setiap helai daunnya...Hebat!!
Kunang- kunangku...!!
Hati tak rase guilty...walaupun mencuri....kunang2...hihi...tak leh sebenarnya...salah di sisi undang2....Tapi untuk EE, ku terpaksa jua...hihi...6 tahanan kunang2 di dalam penjara botol...Sesat...Lost...Sedey....kerana terpaksa meninggalkan keluargaku di pokok2 itu... ( monolong kunang2 )..
Alhamdulillah, satu kaki ku sudah melangkah..Membuat perancangan untuk yang seterusnya.. Hati risau....takut tak mampu.....Keyakinan drpd Allah tetap ada.. Walau rumit memikirkan problem yang bakal menerjah.....Terus..dan terus lagi....Semoga kita bertemu lagi wahai Kunang2 ku.







Wednesday, July 1, 2009

*M.P.C?*

Assalammualaikum,
dah lamer tak update blog..hehe...
pe pon..petang nih ader gak maser nak tulis entry: )
MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.MPC.

aper MPC 2 yek? hoho..it stands for Malam Pelancaran Cool Sem.MPC tuh di uat semalam atau lebih detail lagi ( 30/6/09) jam 8.00 - 8.25. sape yg ajk nyer yek? ....adeler....hamba2 Allah yang kuat perkasa mengangkat air ke setiap blok , menhidangkan makanan, memberi tazkirah dan mcm2 lagi... overallnye, respond yang diberikan oleh junior, baik dan itu sekadar pendapat kami jer..( tak leh pakai )hooho....wallahhualam.


Cool sem itu makna sebenarnyer adalah Kuliah sepuluh minit. Saye berada di satu tempat kejadian sahaja maser tuh..kat Blok E jer...pengerusi malam itu cardcaptor sakura( nama sebenar dirahsiakan ) dan pemberi kuliah sepuluh minit sahabat kepada kami yang kameranya berkaler pink ....( mesti dapat guesskan ) hihi..


---beberapa hari sebelum tarikh pelancaran---

junior 1 : ape benda banyak2 gantung kat laluan nih?
junior 2 : M.P.C ? hooh.. aper tuh ? ( sambil menggarukan kepala yang tidak gatal )
junior 1 : munckin Mara Banting College...
junior 2 : Eikh, yang kat tengah tuh hurupnyer P.
junior 2 : Ha...Mara Panting College...
junior 1 : ?????
lalu junior 2 dan junior 1 pon gelak same2 ( disebabkan blog nih tak der system stereo maka tak dapat dengar mereka nih gelak)

Ini adalah diantara reaksi junior2 yang baru masuk kat KMB nih...



malam 2 pon ader promotion GNCC CLUB.. hehe..besh sangat kulsem malam 2.....sahabat kami menceritakan tentang keindahan syurga....apabila tengok reaksi semua orang, sangat mengharukan ( emo lak plak )... semua org kusyuk dengar.. ye ...kata2 Allah kan indah....apatah lagi kalo diceritakan tentang nikmat2 yang indah yang diceritakan oleh Allah kepada hambanya yang beriman.

Ehmm..nak tulis pasai benda2 lain lak...

Biler dah masuk KMB selepas cuti yang lalu, hati berat nak tinggalkan rumah...Biler dah sampai kat KMB, jumpe kengkawan yang menjadi penghibur hati.... Banyak kesilapan yang telah dilakukan terhadap orang lain dan itu menjadi penguat hati kami utk kuat lagi berpaut pada talinya.... Keyakinan makin goyah apabila cabaran baru telah tiba.. Tanggungjawab semakin besar, dan kadang2 takut dan kadang2 murung...takut kehilangan...takut sesat..kadang2 terfikir gak...di mana Dia hendak layarkan kita.....dalam hati ingin terus utuh di jalannya, tapi khuatir hati yang satu lagi menjauhkan diri kami daripada-Nya.

Kami tahu...kami perlu kuat dalam perjalanan nih...Kami yakin dengan ketentuannya..dan bukanlah mengharapkan keyakinan itu setakat ditulis di sini sahaja, tapi setiap masa. Dan bile mendengar ayat-Nya...( La Tahzan, Inna Allah ha ma ana )... sejuk hati ini... Terubat gelisah di hati.. Banyak yang perlu dilakukan....banyak....Tahun ini mungkin cabaran yang terhebat dan pasti ade lagi....Kuatkan kami !...kuatkan kami !.....Kuatkan kami ! Bimbinglah hati ini utk terus mempercayai ketentuanmu...!

*_ _ _ _ _ _ _* berusaha!!!....





Saturday, May 23, 2009

*SONG 4 MY SOUL 4*

Muhasabah Cinta
Album : Munsyid : EdCoustichttp://liriknasyid.com





Wahai... Pemilik nyawaku


Betapa lemah diriku ini


Berat ujian dariMuKupasrahkan semua padaMuTuhan...


Baru ku sadar


Indah nikmat sehat itu


Tak pandai aku bersyukur


Kini kuharapkan cintaMu




Reff. :




Kata-kata cinta terucap indah


Mengalun berzikir di kidung doaku


Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku


Teringat semua yang


Kau beri untukku


Ampuni khilaf dan salah selama ini


Ya ilahi....Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan akuLindungiku dari putus asa


Jika ku harus mati


Pertemukan aku denganMuBack to




Reff.


Tuesday, May 5, 2009

*SENDU DIRI INI*


LA TAHZAN, IN NA ALLAH ,HA MA ANA


Aslkm.……kali ni ….sekali lagi kami nak merapu…huhu ….. Kak Ijah selalu pesan ‘ jaga hati awak, hati kena selalu jaga’. Hari ni banyak betoi dugaan.. Kadang- kadang tertanya-tanya.. “ banyakkah dugaan ?” entahlah, tapi hati ni sering kater bnyk sangat dugaan, tapi biler realize balik, mungkin tak banyak, syaitan yang kate banyak kot… tu la sebab hati ni selalu kufur ngan nikmat Allah.. kalo bley tak nak jadi begitu…. Hoho…..



Hmm….topik yng mencuit hati kami adalah pasai PERANCANGAN …..atau bley diklasifikasikan sebagai PERANCANG dan RANCANGAN.




Sape ‘ perancang’ nih…n ape tuh ‘rancangan’ ? time nih malas nak buka kamus n cari makne so…go on ngan sendirinya definisi yang merapu…hehe…hmm…pade pendapat kami, PERANCANG adalah individu yang memberikan input2 bernas lagi bermutu n teliti dalam setiap idea n RANCANGAN tu plak adalah perhiasan2 yang diletakkan di dalam time frame n bakal dilaksanakan….apabila manusia2 duduk di meja bersidang dan memberikan future plan, manusia2 tu la yang bley dikatakan sebagai perancang-perancang.





Kalo lihat balik statement kami kat atas, definisi perancang yang awal skali PERANCANG tu adalah ‘ individu yang memberikan…………………………setiap idea’…jadi sudah terang lagi bersuloh, PERANCANG tuh bukannya merujuk kepada sekumpulan manusia tetapi individu…AND…sape lak “individu” tuh??...jeng…..jeng…jeng…..huhu…





INDIVIDU tuh adalah yang paling istimewa n even Yuri Gagarin yang gi space pon tak dapat nak lawan kehebatan individu nih…..apatah lagi Superman, Spiderman, Keluang Man, dan keluarga yang hujungnya Man. Jadi sape yek “ Individu” ni?? Hmmm….jawapannya ader dalam ayat nih….



Allah s.w.t berfirman


‘Kamu membuat perancangan, Allah juga membuat perancangan, tetapi Allah adalah sebaik- baik perancang’



Jadi, rasernyer dah tahu kot saper tuh PERANCANG. Kalo di reflectkan kat diri nih, banyak perkara yang kami rancang, tapi bukan semua dapat dilaksanakan, dan sungguh Allah dah aturkan yang terbaik bagi diri ini n sesiapa jue..Amin~~ ; )

Monday, May 4, 2009

*SONG 4 MY SOUL 3*

Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPTMunsyid : Unic

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1: Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan,
tika aku Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2: Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina Ulang
(*) Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri Mengajarku mengenal erti Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Saturday, March 21, 2009

*ESOK*



Aslkm...hari nih hari terakhir kami ader kat umah n esok balik ke KMB. ( waaa!!!!..... :( ....) . Malam semalam sembang ngan kawan lamer kat ym n habis chat kul 2.00 pagi. Yang peliknya, kami n dier bukannyer rapat pun waktu sekolah lame dulu, tetibe jer...maser ym jer dah jadi rapat..lawak ader gak..bukan samer klas n ader jer gado2..tapi everything, Alhamdulillah berkesudahan yang baik. N aper yang kami perasan, sesuatu hubungan tuh, kalo sebenci maner kite pada seseorang tuh meti at last skali jadi kawan baik..Unik kan2...hoho....

Kalo kat umah, dilemma ngan adik beradik. Tapi kitorang gaduh camne pon last skali mesti kami yang mengalah..( ye la anak sulung..kena beralah)..kadang-kadang raser tak aci sebab asyik kami jer yang kena pujuk diorang....somehow..kalo kitorang gado camne pon, tiap kali kami balik umah diorang hepi jer sambut kami balik..hehe..best lak..hoho...malam ni kami masak nasi goreng..( tak reti sangat ) sebab mak tak dapat nak uat laksa coz takde daun entah aper tah namer daun tuh..so tak jadi uat...jadi kami take over da kitchen...honestly this time kami tak explodekan kitchen tuh..hihi...Alhamdulillah akhirnya nasi gorang tuh jadi..hihi...( lepas nih nak blaja masak ngan tim la).

Lamer tak dgr pasal alaq waktu cuti nih....ym tak online...busy kot..Haa...! Bru teringat..pagi tadi waktu gi Pasar Tani terserempak ngan mak ayah Latifah ( teman skul lamer kat SERATAS ). Diorang jual kebab...Sedap tau..!! Tadi petang ader tengok satu cerita hindustan nih.. tajuk dier B.L.A.C.K. Cerita dier sangat menarik coz full of inspirational n motivational that creates a positive charged around me ( hihi..hiperbola jer ) Seriously, kami nangis tgk citer tuh. Pengorbanan yang dilakukan oleh seorang guru tuh tak dapat nak digambarkan...n on the other side samalah dengan segalan nikmat yang Allah berikan kepada kami skrang nih n selamanya.

Kami teringat pasal satu benda nih..tapi rasernyer ada dalam hadis..( kalo salah..sila2 betuikan)..hadis tuh kater..perkara yang lepas adalah perkara yang terbaik daripada perkara yang akan berlaku...sape setuju angkat tangan ( iA ...bilangan yang angkat tangan tuh ramai )hmmm..sebab aper yer...bagi kami..nih aper yang kami paham la...peristiwa yang lepas yang sudah berlaku menjadikan kita yang terbaik pada hari ini..dan tak semetinya perkara yang akan datng tuh baik, boleh jadi perkara yg buruk..

Ader satu lagi yang kami raser pada hari nih, pasai kehidupan. Betapa manusia yang sedar akan nilai kehidupan itu, akan sedaya upaya mengisi kehidupan dier dengan perkara2 yang bermakna. Walaupun kita tahu orang yang semakin nazak dan akan meninggal dunia sudah tiada harapan dlm hidup, walaubgaimanapun dier masih ader sisa-sia kehidupan lagi yang boleh diisi ngan perkara2 yang bermakna.

Ader seorang kawan nih tanye pada kami " Dah ader pakwe ker?" n kami balas balik " Perlukah ?'....haha..tak tau nak jawab aper...so the conversation just end there..huhu..kami teringat ader satu buku tuh dier kater...kita tidak layak mencintai orang lain sekiranya kita tidak mencintai Allah terlebih dulu.hmm.betul di situ....bagi kami cinta pada manusia nih satu benda yang sangat kompleks + penin..even kalo dalam novel, movee or ape-ape je..mereka mentakrifkan cinta banyak maner pun, maksudnyer lebih kurang sama. Sebanyak maner diorang uat definisi pasai cinta nih akhirnya semuanya sama.. Base dier kasih sayang...kami tak la pakar dalam hal2 mcm nih..But somehow what makes bond between me n my friends is that loves in the relationship itself..waktu cuti ni, ader gak rindu kengkawan yg lain...

So tak yah frust kalo tgh org laen dah de pakwe n kite sorang2 jer..so what?? lagi senang bersandarkan ngan cinta yang sangat Agung dan tidak pernah meninggalkan kita iaitu Allah...kan senang cam gitu..kalo kite sedey dia tahu kita menangis, kalo kite gembira dia pun turut suka....so...cintailah Allah ( peringatan utk diri sendiri juga ;)....................)

Tak tahu nak tulis pe lagi..rasernyer.takat tu jer kot..hihi


Friday, March 20, 2009

*MORIB*

Ader satu lagu yang liriknyer besh..


Satu perjuangan,

Satu arah tujuan,
Dibawah, Rahmat yang Esa,
Kita melangkah seiringan,

Satu Perjuangan
.



( Akhawat GNCC )


Sedap betui sandwich tuh....




iA. Semoga Allah mengeratkan lagi tali persahabatan ini. Amin.

Thursday, March 19, 2009

*ENG CAMP*



'ACTIVATE YOUR LIFESTYLE WITH ENGLISH'

Me, Say R, Syaz n B were invited to join an English camp on 13,14 n 15 th of Mac. It was fascinating and exciting as my first taught that this programmed may be stressed n boring. Yet, my perception was wrong. On the first day, Im quite tensed bcoz a lot of things need to pack up as i straightly went home after the camp is over.
So, my bag is like an elephant size.He... he.. a lil bit shy with people around me, but I don't mind. Ilya stayed with me on the same room as per room required two person. Personally the room was cosy and clean and i think it is worthwhile to pay such a big price.
So our first arranged programmed was ice breaking. After entered an air cond room, the teachers asked us to seat and they gave us a pic n mine is like a trapezium shape. The teacher asked us to figure out the picture as played a puzzle.
So i managed to find my partners, 8 people, that i am not familiar with. But nevermind, this is what ice breaking for. As for our team, we were a lil bit confuse to select out team's name as there r two names that were SWIFT n ADRENALINE.
It took quite a long time for us to pick which one is better and finally, before our brains started to explode a savior come....Miss Oja..She said ' What if you combined both the names?' Our faces immediately like a flower bloom. Therefore, officially our group's name was
SWIFT ADRENALINE.

That night, each group must presented their chant.
N my group's chant was

7 for English (of course)
We sure we can make it ( why not )
SWIFT ADRENALINE (that's our team)
We can make it
Hooray!!
( theme song from baby dryper melody)

The next day, early in the morning, at 7.00 am Miss Oja taught us an exercise that give relaxing to our mind and the correct way of breathing. Eventhough it sound easy and not tough, but actually it really tough than my taekwondo practise!! Im admiring Miss Oja as she can do it very well..That's my teacher....!!
At 8.20 am we played some kind of business matter to test on our persuaded skill. On the afternoon, we had a wall climbing. It was really cracalacking as this was my first time. Im quite upset b coz a few of my friend cant climb due to the bad weather. After that we were assign to do a dance n our theme song for our team is We Rock ( A song from camp rock). And Alhamdulillah we selected to be the winner.
That night, each group need to form a short skecth promoting a product. My group come out with an idea that was" Magic Jacket". Actually, that night i felt so tired. I dont know why. But i tried my best to contribute my ideas to the group.

Finale day, we had a talk with Mr. Sobri n he taalked about Youth Council.Personally, I like his character. He such a zealous person and funny. Last event was giving prizes to winner. A lot of categories and prizes given away.

Reflection: I think this camp was memorable n a lot of things i get from this camp.iA.




*KEKASIHKU*

Walaupun dah lepas, tapi nak tulis jugak...
Pasai.......

" Rasulullah Qudwah Sepanjang Zaman "

' Dakwah ini bermula dengan seorang ' ayat nih ader ditulis dalam video Shift Your Paradigm. Tahun ni..n seperti tahun yang sebelumnyer, ader perarakan...ingat tahun ni dapat berarak kat bukit changgang, tapi tak jadi..( tak pe la).Malam tu ader majlis penutup dan sambutanm Maulidur Rasul. Ader banyak persembahan, contohnya
1)Multimedia
2)Nasyid (Munawwar)
3) Penyampaian hadiah
Yang paling tak besh nyer malam tuh. ader satu video yang tercicir dan lupa nak ditayangkan..(sedey..sedey..ish..ish)...
video
ader satu lagu nih...tajuknyer PEMERGIANMU....maser 1st time dengar lagu nih, melodinyer besh....tapi makin lama kami dengar, kami faham lirik dier..sangat sedih n berjaya menyentuh hati kami...

Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu




Align Center

*SONG 4 MY SOUL 2*


Nur Syahadah

Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

c/o
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Bridge
Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu…

** besh lagu nih..hihi**

*S.P.I.E.S*

Wajah2 bidadari besi...cayalah!!

Aslkm..sebab banyak sangat nak ditulis n ader short time jer..so compress jer semua..Basically penuh pics n important words jer..

Nak tau tak spies tu per....Benda tuh ialah
1) Spiritual
2)Physical
3)Intelectual
4)Emotion
5)Social

Nak dikatakan minggu tuh ader program yang sangat penting and ader spies tuh...so in dilemma lah...tapi....tetibe hati ni raser tak bersedia nak gi program yang satu lagi tuh..so...gi la yang spies...pepon...tu la yang terbaik...iA.

....GO..bEDAH..

n at da same time..maser tuh ader satu lagi prob ngan seseorang nih...tapi during the programme tuh, saje jer tak uat stress...entah..malas nak pikir..sebabnye...ade banyak lagi benda nak dipikir dalam kepala nih..so....tak yah...stress22!!!




Hmmm..sepanjang prog tuh..antara yang dipelajari ialah....
1) Potensi diri
bahagian ini ...bagi kami..agak best la...sebab it caught my eyes for the first time i heard it....ni nak citer c kit...tapi tak jadilaa..sebab maser nak tulis nih..tgk berita pasal ayam kat selangor yang disembelih tak ikut syarak..banyak lak tuh...kesian ayam tuh..dah la tak berdosa..n... mati tak ikut cara Islam lak tu.....

Kami tak pahamla..pesal la ader orang nak uat perbuatan2 nih...kan dalam Al Quran dah kater....

Surah Al AN AAM
6: 145
Katakanlah " Tidak kudapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati ( bangkai), darah yang mengalir, daging babi- kerana semua itu kotor-atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah.

disebabkan pasal ayam itu..dah ter emo lah plak.....tak nak tulis pasai spies dah...tapi pasai ayam!!!

Dalam Islam nih tak der yang benda lain yang berada ditengah haram atau halal..kalo perbuatan tu haram..maka haramlah ia..kalo perbuatan tuh halal..maka halal lah ia...ader gak pepatah yang kater perbuatan tidak menghalalkan cara..kami start dengar ayat ni maser Form 5..brulah kami faham aper maksudnyer tuh..pepon kami tulis nih utk peringatan bagi diri sendiri..tapi kadang-kala diri ini banyak lakukan kesalahan...n instead kami takut tentang satu lagi perkara...ader seorang kakak nih kater..." Kadang kala kita tak sedar..perkara di depan mata itu salah dan kita anggap perkara tu betui "...kami harap Allah dorong hati ini untuk memilih perkara yang benar dan diredhainya.iA.






Wednesday, March 18, 2009

*COME BACK*


waaa...dah lamer tak tulis blog..hoho
sebabnyer..dah luper password hahaha....