Skip to main content

*PENULIS BRU*









Nun jauh aku berfikir

Untuk siapakah diri ini?
Ragu di hati.Hati tak past
i.




Nilai gelisahku tidak terkata.
Andai tersalah cari, tersalah pilih
Jauh dari jalan lurusnya
Inginku temu, tapi tidak tahu bila
Hati meronta, sangat sengsara
Andai diriku cukup sempurna
Harapan bertemu dengan mu, pasti ada




Gundah gelana hati ini
Harapan untuk bertemu, tidak kesampaian
Andai aku perlu tunggu untuk berjumpa denganmu

Zikir dan alunan kalam-mu
Akan menjadi penenangku
Lelah, tidak menjadi batu penghalangku

Inilah yang ku pilih, Allah! Aku ingin bertemu denganmu!

Comments

salam'alayk

akak nak kongsi cerita.. Selepas mendapat wahyu pertama, rasul meminta isteri kesayangan, Khadijah untuk menyelimutkan beliau. Beliau memberi ruang emosinya dengan berkata, ’saya khuatir’. Dengan itu, Khadijah memberi kata-kata perangsang.

Ketika Rasul dibaling batu dan diherdik anak-anak Taif, beliau ‘memberi nafas’ kepada emosinya ‘untuk surrender sekejap’ sebelum meneruskan langkah. Dengan emosi begitu, ia akan membawa kepada kedekatan kepada Allah.

=) kadang2 kite perlu berhenti sejenak.. merenung langkah pertama mengapa kte di medan da'wa..

dan kadang2 kte perlu berkongsi dgn org laen.. kerana da'wa ini bukan kerja individu.. ia kerja bersama!~

insyaALlah.. moga Allah mudah kan sgla urusan =) moga terus bersemangat!

salam sayang

aisyah ismail =)
sahabiat said…
wah...kulsem ari tue...xpe same2 lah kite mencari cinta dia ...insya Allah

p/s: somehow akak membaygkan awak baca poem tue dpn akak..dan suara awk terngiang-ngiang...rindu awk kot...
...zUlaIkHA... said…
salam peminjam seterikaku saban hari...indahnyer madahmu menyentuh kalbu..tentu sekali kamu menulis dengan hati kn???tidak kusangka...segaruda dirimu,terselit ruang selembut sutera...jgn mare yea..kite kan jiran!!!
Anonymous said…
usah diragu dalam hati..
dirimu sememangnya milik penuh Allah SWT..
melakukan pekerjaan yang diredhai Allah SWT itu merupakan amalanmu..
menaikkan kembali agama Allah SWT merupakan tugasmu..
melihat islam dalam sanubari setiap insan merupakan impianmu..
teruskan perjuangan wahai sahabat..

Popular posts from this blog

*H1N1*

Assalammualaikum... Badan tak sihat cam peti sejuk... Tak larat nak tulis mcm kena tindih ngan batu... Hidung selsema macam paip... Mata merah cam bebola ikan Kak Fiza jual... Tangan lemah cam kena gari... Kaki berat nak jalan macam kaki gajah... Mulut pahit cam makan petola... Kepala pening cam kena hentam ngan The Rock... Kesian kat kawan2 ku... Tak tahu perihal diri ini... YM tak berfungsi kat umah... Bukan niat nak menyepi... SMS pon tak dpt nak g sbb tak de kredit... Badanku longlai... HoHO...cobaan....hehe....

*KERANA KITA PEJUANG*

kerana kita berlari, membawa panji kerana kita menangis, membaca Al Quran kerana kita faham, keutamaan dakwah kita sampai perkara lain hanyalah kecil di tapak tangan kerana kita semangat, kita bersatu kerana kita kuat, ukhuwah berpadu walaupun sakit, masih tersenyum, mampu gelak dugaan datang, menguji keimaman sehingga terdetik " kenapa aku ?" berlari laju, tetibe terhenti Dia berkata " Berhenti dulu" di uji dengan dugaan yang hebat berkecamuk jiwa, gelisah menyendiri, mencari jawapan sabar menanti, menangis air mata yang tak terlihat, sehinggalah, aku mengerti setiap ujian yang diberi, memberi kefahaman kenapa aku berada di jalan ini.. Subhanallah..!! Sharing and caring ayat...Al Baqarah 214 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yANg terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan , kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta dig...

*rahsia ibu*

Buatmu Ibu Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tak pula kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Biarpun dirimu yang telah terkorban Tak dapat kubalasi akan semua ini Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu Ibu kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amatlah aku harapkan Kerana disitu letak syurgaku Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana... Kasih sayangmu sungguh bernilai Itulah harta yang engkau berikan Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu Maaf, rahsia mak, akak tahu, walaupun mak berselindung. Dari mata mak, akak tahu, hati merintih meminta untuk b...