Sunday, December 20, 2009

*PORTLUCK*




16.12.2009 ada satu portluck kat Japanese Garden Jalan Raja Dihilir Ipoh Perak ngan akhawat2 dari Perak n also Kak I**** dari Teluk Intan. Semua akhawat dari bahagian perak dating picnic kat situ..Sebenarnya tak tau per maksud portluck tuh, rupenyer tukar2 makanan ngan akhawat len..hari tuh tak bawa pepon..haha…tak tau..!

Sampai kul 10 pagi, naik motor..then akak tuh tak det kat situ lagi. So drop kat Sekolah Taayah dulu sebab akhawat 2 len kumpul kat situ dulu. Pada awalnya malu, ye la..tak pernah jumpa n nih first time..haha gelabah gak..tapi lamer2 ok je..tunggu2 kat situ rupe-rupenye jumpe akak sekolah lamer pun terjebak ngan portluck nih..haha…sampai kat saner ader lagi rombongan yang blom lagi sampai..tak sangka lak rombongan yang terakhir ader kawan sekolah SERATAS kami yang skunk ni tgh ambik persediaan nak gi Ausie bidang physic.. Dier pun terjebak gak..haha kelakarlah..tapi best..sebab makin ramai yang terperangkap, makin bagus…hehe…

Kat situ, berkenalan ngan pelbagai akhawat. Taaruf, games n makan ! Part makan yang best, banyak sangat makanan..hoho…lepas habis makan, kitowang uat bulatan bawah pokok n akak tuh ader cakap sikit pasal TDZ. ( Tarbiyyah Dzatiyyah)

Seyesly sebelum nih dengar pasal tarbiyyah sahaja…n this time jumpa ngan tarbiyyah dzatiyah di bawah pohon rimbun Japanese garden. Selepas melewati satu blog nih terjumpa info pasal TDZ. Hari itu akak itu kata TDZ tuh macam “ penolakan kepada diri sendiri, kalo hendak melakukan sesuatu “.

Tapi, mungkin lebih tepat gini

“ Sejumlah sarana tarbiyyah ( pembinaan) yang diberikan orang Muslim, dan Muslimah, kepada dirinya, untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna di seluruh sisinya, ilmiah , iman, akhlak, sosial, dan sebagainya, dan mengoptimumkan ke tahap yang tertinggi.”

Atau dengan kata lain,

“ Tarbiyyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri “

Duduk di rumah, memang “mcm2”…masa nak decide nak gi portluck tuh berbelah bahagi. Tapi, rasanya diri nih perlu diselamatkan daripada maut cuti nih, jadi kena pergi portluck dan mengutip semangat akhawat2 len yang berjuang melawan nafsu time cuti nih. Sedikit sebnyak mengharapkan kekuatan kepada jiwa dan memberikan freshener iman yang baru.

Mengenali bidang Dakwah, TDZ wujud, dan mungkin kami yang tidak perasan kehadiran itu. Penat melawan ragam nafsu dalam pelbagai bentuk untuk mencari kebaikkan. Kalo diikutkan, semestinya kita suka melakukan perkara yang menyeronokkan macm keluar lepak dengan kawan dll. Tapi itu bukan KITA lagi selepas terjebak dalam lorong Dakwah. Bila duduk di rumah dan keluar, perkara yang menjadi kebiasaan cthnya, chatting ngan kawan2 dll sudah menjadi sengal kepada diri ini. BUKAN INI UNTUK AKU.

Terasa lain benar, mcm repellent. Tak sesuai dengan jiwa ini n nak repel jauh2. PERKARA yang bukan menjadi ubat kepada hati dan ketenangan jiwa.

Raser mcm tak cukup kuat untuk melawan cuti yang panjang nih, n come across this statement “ Menjadi diri mesti didahulukan daripada menjaga orang lain”. Bukan bermaksud kita pentingkan hal diri sendiri ( kera sumbang ) tapi, dalam aspek TDZ nih, bagi seorang Daie penjagaan diri daripada al- hawa dan godaan perlu dilawan, sebab kalo syaitan nak “ dakwah” kita bukan dengan askar rekrut level biasa, tapi ketua dia arahkan yang ada pangkat sarjan..Cuti nih seyesly tarbiyyah or “ Holiday Tarbiyyah”.

“ Wahai orang- orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu, dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. 66:6


Kita sedar je perkara nih, n nampaknya tak nak tewas ngan sarjan yang tadi kita mesti lari ngan laju dari sarjan tadi. Kami pun nak kumpulkan askar2 kami jugak ! Nak lawan sarjan tadi.( Merapu plak )

Doa..ya…ya.. Doa yang JUJUR kepada Allah. Minta supaya thabat dalam jalan ini. Amin.

p/s: susahnya nak reach anak2 sayer time cutih nih !! alahai mana menghilangnya anak2 saya ??

Friday, December 18, 2009

*JEMPUTAN*

Jemputan

Datanglah kat rumah kami kat Ipoh, ada majlis makan..hehe.

Tarikh : 26. 12 .2009
Masa : pagi tuh sampai petang ( nak tido kat situ pun bley )
Alamat: 17 Laluan Sri Ampang 12A Taman Seri Ampang, 31480 Ipoh Perak.

*SMARTKLAMP*

Smartklamp




Alhamdulillah tanggal 13 Disember 2009 , Hakim ( adik bongsu ) selamat bersunat. Semalamnya, bru balik dari Kajang, walaupun penat tapi tetap nak teman adik gi sunat..hehe..Adik bersunat dengan sedara angkat sebelah opah..nak bergeng ..tak nak sowang2..hoho..lawak la plak..biler cakap pasal sunat nih, teringat time uat TOK presentation yang kena reject tajuk dier ..haha..pepon….ada dua perkara yang Allah lakukan pada kami..dua perkara itu , jauhnya perjalanannya dan pelbagai dugaan dalam perkara itu, tapi itulah yang Allah cuba nak katakan( berikan ), sebab pada akhirnya itulah yang terbaik..





Layan kerenah adik memang ‘best’. (^-^)





p/s : Pengalaman pertama ada adik lelaki yang bersunat..hoho





Memikirkan betapa Allah menyusun pelbagai awan kehidupan dalan diary hambanya, menjadikan kita insan bersyukur. Entah mengapa apabila melihat semua orang, usia semakin meniti pergi dan masing- masing menjadi hebat pada saat itu, tika itu dan waktu itu. Hebat pada pandangan manusia…dan pandangan Allah jua. Hebat bukanlah bermaksud dia menjadi manusia agung… Tidak..tapi hebatnya dia menjadikan kita siapa pada hari ini…walaupun hanya seorang tukang penyapu, namun itulah dia yang menjadi hebat pada dirinya..betapa Allah telah meletakkan keupayaan, keyakinan, kekuatan pada diri kita yang menjadikan hebat pada tika ini…( merepek? , entahlah )





Manusia di luar sana hebat pada dirinya…yang menjadikan dirinya pelbagai kepentingan pada dunia. Begitu juga kita yang mempunyai pelbagai keupayaan..





Kalaulah semua orang menggunakan keupayaan ke jalan yang betul..macam zaman muda Fateh yang penuh bersemangat menawan musuh…zaman mudanya memerlukan beliau untuk menjadi singa gagah untuk agamanya..begitu juga kita !!





p/s : melawan cuti yang menggiurkan…





Satu ayat yang mesti menjadi peringatan kepada hati kami ..





“Pergilah kamu beramai-ramai ( untuk berperang pada jalan Allah ) samada dalam keadaan ringan ataupun dalam keadaan berat, dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” At Taubah ; 41