Skip to main content

kisah tajmi 1

assalammualaikum akhowat fillah.

perkongsian ini ditulis adalah utk diingati utk penulis sndiri dan juga perkongsian yg moga memanfaatkan pd dakwah ini.

sekarang ni, di satu tempat yg harmoni, melihat peluang tajmi' amatlah tipis hgga anak usrah sorg ni kuarkan statetment ' mati kutu '. ini disebbkan viral kisah2 yg memfitnah ke atas kami DAISH, geng sesat, jubah hitam etc2, sdgkan tujuan kami hnyalah mngajak manusia mngenal allah. tp di sebalik kejadian yg keras ni, allah mngjk kita utk mnjaga akhlaq muslim, kerana mereka adalah mad'u kita yg ditipu dan terperangkap dngn fitnah2 dunia. kasihanilah mereka, kerena mereka tdk tahu. kasihanilah mereka seperti mana kita dikasihani oleh allah di saat kita dahulu yg sblmnya tidak mndpt cahaya.

jngn mnjdi yunus dihadapan kaumnya lalu ditelan oleh nun utk ditazkiah dirinya.

sungguh mad'u kita perlu mndpt kasih syg dri kita, kasih syg yg diciptakan dr sifatnya Ar Rahmah Ar Rahim. bulan tajmi ini adalah bulan kita mngmbil cinta dr langit dan menebarkannya di bumi.

Allah Ta’ala berfirman:
“Dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan kepada orang banyak dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (ali-lmran: 134)

Allah Ta’ala berfirman pula:
“Berilah pengampunan, perintahlah kebaikan dan janganlah menghiraukan kepada orang-orang bodoh.” (al-A’raf: 199)

Allah Ta’ala berfirman lagi:
“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan itu.Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antara engkau dengan ia akan menjadi teman yang amat setia. Perbuatan sedemikian itu tidak akan diberikan kepada siapapun, selain dari orang-orang yang berhati sabar dan tidak pula diberikan melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan besar.” 
(Fushshilat: 34-35)

Allah Ta’ala juga berfirman:
“Dan nescayalah orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya bal yang sedemikian itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati.” (as-Syura: 43)

630. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Asyaj Abdul Qais: “Sesungguhnya dalam dirimu itu ada dua macam perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu sabar dan perlahan-lahan – dalam tindakan.” (Riwayat Muslim)

631. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara.” (Muttafaq ‘alaih).

632. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap lemah-lembut. Allah memberikan sesuatu dengan jalan lemah-lembut, yang tidak dapat diberikan jika dicari dengan cara kekerasan, juga sesuatu yang tidak dapat diberikan selain dengan jalan lemah-lembut itu.” (Riwayat Muslim)

633. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya sikap lemah-lembut itu tidak menetap dalam sesuatu perkara, melainkan ia makin memperindah hiasan baginya dan tidak dicabut dari sesuatu perkara, melainkan membuat cela padanya.” (Riwayat Muslim)
634, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Ada seorang A’rab -orang Arab dari daerah pedalaman – kencing dalam masjid, lalu berdirilah orang banyak padanya dengan maksud hendak memberikan tindakan padanya. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Biarkanlah orang itu dan di atas kencingnya itu siramkan saja setimba penuh air atau segayung yang berisi air. Kerana sesungguhnya saja engkau semua itu dibangkitkan untuk memberikan kemudahan dan bukannya engkau semua itu dibangkitkan untuk memberikan kesukaran.” (Riwayat Bukhari)
Assajlu dengan fathahnya sin muhmalah dan sukunnya jim, ertinya ialah timba yang penuh berisi air, demikian pula ertinya kata adzdzanub.

635. Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan menyebabkan orang lari.” (Muttafaq ‘alaih)

636. Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang tidak dikurniai sifat lemah-lembut, maka ia tidak dikurnia segala macam kebaikan.” (Riwayat Muslim)

637. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berikanlah wasiat padaku!” Nabi s.a.w. menjawab: “Janganlah engkau marah.” Orang itu mengulang-ulangi lagi permintaan wasiatnya sampai beberapa kali, tetapi beliau s.a.w. tetap menjawab: “Janganlah engkau marah.” (Riwayat Muslim)
638. Dari Abu Ya’la, iaitu Syaddad bin Aus r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
“Sesungguhnya Allah itu menetapkan untuk berbuat kebaikan dalam segala hal. Maka jikalau engkau semua membunuh, maka berlaku baiklah dalam membunuh itu dan jikalau engkau semua menyembelih, maka berlaku baguslah dalam menyembelih itu. Hendaklah seseorang dari engkau semua itu mempertajamkan pisaunya serta memberi kelonggaran kepada apa yang disembelihnya itu,” seperti mempercepat jalannya pisau, tidak dikuliti sebelum benar-benar dingin, memberi minum sebelum disembelih dan Iain-lain. (Riwayat Muslim)

jelasnya, kelembutan mmpunyai kesan kebaikan yg deep dari kekerasan. baik di tahapan mana shaja dlm dakwah ni, kita sebagai murabbi teguh dngn sikap lemah lembut pd tindakan kita.

Comments

Popular posts from this blog

*H1N1*

Assalammualaikum... Badan tak sihat cam peti sejuk... Tak larat nak tulis mcm kena tindih ngan batu... Hidung selsema macam paip... Mata merah cam bebola ikan Kak Fiza jual... Tangan lemah cam kena gari... Kaki berat nak jalan macam kaki gajah... Mulut pahit cam makan petola... Kepala pening cam kena hentam ngan The Rock... Kesian kat kawan2 ku... Tak tahu perihal diri ini... YM tak berfungsi kat umah... Bukan niat nak menyepi... SMS pon tak dpt nak g sbb tak de kredit... Badanku longlai... HoHO...cobaan....hehe....

*KERANA KITA PEJUANG*

kerana kita berlari, membawa panji kerana kita menangis, membaca Al Quran kerana kita faham, keutamaan dakwah kita sampai perkara lain hanyalah kecil di tapak tangan kerana kita semangat, kita bersatu kerana kita kuat, ukhuwah berpadu walaupun sakit, masih tersenyum, mampu gelak dugaan datang, menguji keimaman sehingga terdetik " kenapa aku ?" berlari laju, tetibe terhenti Dia berkata " Berhenti dulu" di uji dengan dugaan yang hebat berkecamuk jiwa, gelisah menyendiri, mencari jawapan sabar menanti, menangis air mata yang tak terlihat, sehinggalah, aku mengerti setiap ujian yang diberi, memberi kefahaman kenapa aku berada di jalan ini.. Subhanallah..!! Sharing and caring ayat...Al Baqarah 214 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yANg terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan , kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta dig...

*rahsia ibu*

Buatmu Ibu Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tak pula kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Biarpun dirimu yang telah terkorban Tak dapat kubalasi akan semua ini Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu Ibu kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amatlah aku harapkan Kerana disitu letak syurgaku Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana... Kasih sayangmu sungguh bernilai Itulah harta yang engkau berikan Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu Maaf, rahsia mak, akak tahu, walaupun mak berselindung. Dari mata mak, akak tahu, hati merintih meminta untuk b...