Skip to main content

*rahsia ibu*


Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu


Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


Maaf, rahsia mak, akak tahu, walaupun mak berselindung. Dari mata mak, akak tahu, hati merintih meminta untuk bebas, tetapi emak mengajar akak untuk terus bersabar. Semoga satu hari nanti kita akan terbang bersama-sama.Sayang mak...(^_^)

Comments

hanis fozi said…
ini buat sndiri ke??
ada bakat..menarik
Hidayatullah said…
salam ziarah..
1st time msk blog nh
hurm.. print la.. n antar surat kat mak..msti dia terharu
Hidayatullah said…
btw mnx izin link blog

jkk
alaq ashiqin said…
salam sayang jiha...
ana tahu enti kuat...
keep holding on syg....
Allah is wit us...
Be strong..and never forget the power of Du'a...
ana will always be there for enti...
luv ya...fillah...
jihah...
i know u r strong n do it again this time...luv u too!
salam..jiha..hows iman?

keep in touch k..

salam sayang dr jauh..

really miss u!

Popular posts from this blog

*H1N1*

Assalammualaikum... Badan tak sihat cam peti sejuk... Tak larat nak tulis mcm kena tindih ngan batu... Hidung selsema macam paip... Mata merah cam bebola ikan Kak Fiza jual... Tangan lemah cam kena gari... Kaki berat nak jalan macam kaki gajah... Mulut pahit cam makan petola... Kepala pening cam kena hentam ngan The Rock... Kesian kat kawan2 ku... Tak tahu perihal diri ini... YM tak berfungsi kat umah... Bukan niat nak menyepi... SMS pon tak dpt nak g sbb tak de kredit... Badanku longlai... HoHO...cobaan....hehe....

*KERANA KITA PEJUANG*

kerana kita berlari, membawa panji kerana kita menangis, membaca Al Quran kerana kita faham, keutamaan dakwah kita sampai perkara lain hanyalah kecil di tapak tangan kerana kita semangat, kita bersatu kerana kita kuat, ukhuwah berpadu walaupun sakit, masih tersenyum, mampu gelak dugaan datang, menguji keimaman sehingga terdetik " kenapa aku ?" berlari laju, tetibe terhenti Dia berkata " Berhenti dulu" di uji dengan dugaan yang hebat berkecamuk jiwa, gelisah menyendiri, mencari jawapan sabar menanti, menangis air mata yang tak terlihat, sehinggalah, aku mengerti setiap ujian yang diberi, memberi kefahaman kenapa aku berada di jalan ini.. Subhanallah..!! Sharing and caring ayat...Al Baqarah 214 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yANg terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan , kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta dig...