Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

*KERANA KITA PEJUANG*

kerana kita berlari, membawa panji kerana kita menangis, membaca Al Quran kerana kita faham, keutamaan dakwah kita sampai perkara lain hanyalah kecil di tapak tangan kerana kita semangat, kita bersatu kerana kita kuat, ukhuwah berpadu walaupun sakit, masih tersenyum, mampu gelak dugaan datang, menguji keimaman sehingga terdetik " kenapa aku ?" berlari laju, tetibe terhenti Dia berkata " Berhenti dulu" di uji dengan dugaan yang hebat berkecamuk jiwa, gelisah menyendiri, mencari jawapan sabar menanti, menangis air mata yang tak terlihat, sehinggalah, aku mengerti setiap ujian yang diberi, memberi kefahaman kenapa aku berada di jalan ini.. Subhanallah..!! Sharing and caring ayat...Al Baqarah 214 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yANg terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan , kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta dig...

*SONG 4 MY SOUL 5*

Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku Harum Rembulan Mawar Dingin Dihakis Keseorangan .... Aku masih menghitung diri .. Kesiangan yang panjang Ingin mengisi hati Padamu kasih satukan aku Dengan rahmatmu Dengan Kalimah Malam Siangku Berliku liku Duri Dugaan Siratan Cinta Biar di jemala mentari Biar di bahu gunung berapi pasrahku abadi untukmu ..untukmu Ku kembara setia disisinya ... Ku inginkan Bahagia abadi ku impikan sentosa dibawah naungannya selamanya

*H1N1*

Assalammualaikum... Badan tak sihat cam peti sejuk... Tak larat nak tulis mcm kena tindih ngan batu... Hidung selsema macam paip... Mata merah cam bebola ikan Kak Fiza jual... Tangan lemah cam kena gari... Kaki berat nak jalan macam kaki gajah... Mulut pahit cam makan petola... Kepala pening cam kena hentam ngan The Rock... Kesian kat kawan2 ku... Tak tahu perihal diri ini... YM tak berfungsi kat umah... Bukan niat nak menyepi... SMS pon tak dpt nak g sbb tak de kredit... Badanku longlai... HoHO...cobaan....hehe....