Skip to main content

serius, kalau mahu.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan..
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara`penting’ yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini,
yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.

.

Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya

Comments

Popular posts from this blog

Surat dari Rijal yang Mati Hati

Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna, Assalamualaikum wbth, Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hat iyang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Ketika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta men...

mutaassirah

mutaassirah. وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ أُولِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ * إِنَّا أَخْلَصْنَاهُمْ بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ "Dan ingatlah hamba-hamba Kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai kekuatan-kekuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi" "Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat." (QS. Shaad:45-46) hgga yg lahir adalah jiwa2 pd ketaatan dan kethiqahan pd allah semata2. total hati yg tak berbelah bahagi memenuhi kehendak tuhannya. allah matlamat akhir kita, bersama. 

kisah tajmi 1

assalammualaikum akhowat fillah. perkongsian ini ditulis adalah utk diingati utk penulis sndiri dan juga perkongsian yg moga memanfaatkan pd dakwah ini. sekarang ni, di satu tempat yg harmoni, melihat peluang tajmi' amatlah tipis hgga anak usrah sorg ni kuarkan statetment ' mati kutu '. ini disebbkan viral kisah2 yg memfitnah ke atas kami DAISH, geng sesat, jubah hitam etc2, sdgkan tujuan kami hnyalah mngajak manusia mngenal allah. tp di sebalik kejadian yg keras ni, allah mngjk kita utk mnjaga akhlaq muslim, kerana mereka adalah mad'u kita yg ditipu dan terperangkap dngn fitnah2 dunia. kasihanilah mereka, kerena mereka tdk tahu. kasihanilah mereka seperti mana kita dikasihani oleh allah di saat kita dahulu yg sblmnya tidak mndpt cahaya. jngn mnjdi yunus dihadapan kaumnya lalu ditelan oleh nun utk ditazkiah dirinya. sungguh mad'u kita perlu mndpt kasih syg dri kita, kasih syg yg diciptakan dr sifatnya Ar Rahmah Ar Rahim. bulan tajmi ini adalah bulan kita mng...