Nun jauh aku berfikir
Untuk siapakah diri ini?
Ragu di hati.Hati tak pasti.
Ragu di hati.Hati tak pasti.
Nilai gelisahku tidak terkata.
Andai tersalah cari, tersalah pilih
Jauh dari jalan lurusnya
Inginku temu, tapi tidak tahu bila
Hati meronta, sangat sengsara
Andai diriku cukup sempurna
Harapan bertemu dengan mu, pasti ada
Gundah gelana hati ini
Harapan untuk bertemu, tidak kesampaian
Andai aku perlu tunggu untuk berjumpa denganmu
Zikir dan alunan kalam-mu
Akan menjadi penenangku
Lelah, tidak menjadi batu penghalangku
Akan menjadi penenangku
Lelah, tidak menjadi batu penghalangku
Inilah yang ku pilih, Allah! Aku ingin bertemu denganmu!
Comments
akak nak kongsi cerita.. Selepas mendapat wahyu pertama, rasul meminta isteri kesayangan, Khadijah untuk menyelimutkan beliau. Beliau memberi ruang emosinya dengan berkata, ’saya khuatir’. Dengan itu, Khadijah memberi kata-kata perangsang.
Ketika Rasul dibaling batu dan diherdik anak-anak Taif, beliau ‘memberi nafas’ kepada emosinya ‘untuk surrender sekejap’ sebelum meneruskan langkah. Dengan emosi begitu, ia akan membawa kepada kedekatan kepada Allah.
=) kadang2 kite perlu berhenti sejenak.. merenung langkah pertama mengapa kte di medan da'wa..
dan kadang2 kte perlu berkongsi dgn org laen.. kerana da'wa ini bukan kerja individu.. ia kerja bersama!~
insyaALlah.. moga Allah mudah kan sgla urusan =) moga terus bersemangat!
salam sayang
aisyah ismail =)
p/s: somehow akak membaygkan awak baca poem tue dpn akak..dan suara awk terngiang-ngiang...rindu awk kot...
dirimu sememangnya milik penuh Allah SWT..
melakukan pekerjaan yang diredhai Allah SWT itu merupakan amalanmu..
menaikkan kembali agama Allah SWT merupakan tugasmu..
melihat islam dalam sanubari setiap insan merupakan impianmu..
teruskan perjuangan wahai sahabat..